Saturday 15 December 2012

Latihan: Isi tempat kosong


 Isi tempat kosong. 

beg plastik
pengangkutan awam
tanam semula
berjimat



1.  Kita perlu _______________________________________
    semasa menggunakan air untuk mengelakkan pembaziran.

2.  Kita perlu _____________________________pokok untuk    
     menjaga alam sekitar.

3.  Kita boleh menggunakan ______________________untuk     
     mengelakkan kesesakan.


4.  Kita harus elak gunakan ___________________________
      semasa membeli- belah.

Latihan Tatabahasa


Asingkan perkataan mengikut suku kata.

Suku kata terbuka                         Suku kata tertutup
1.      __________________
1.      __________________
2.      __________________
2.      __________________
3.      __________________
3.      __________________
4.      __________________
4.      __________________


Jawapan Pilihan : 
                            hitam    lihat    terbang   gembira   
                            hijau   tumbuh   cintai    tomato

Friday 14 December 2012

Latihan Kata Hubung


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul. 


                     
                 dan            atau          tetapi



 





1.    Tamanah hendak melihat perarakan _____________ perarakan sudah tamat. 

2.    Penonton mengibarkan bendera ____________ melambai tangan.

3.   Tugu Negara ____________ Tugu Peringatan Negara ada di Kuala Lumpur.

4.    Mizi hendak ke Dataran Merdeka ____________ tiada teman.

5.    Bendera Malaysia ____________ Jalur Gemilang bendera negara kita.

Tuesday 4 December 2012

LITERASI ( BAHASA MALAYSIA )


Kandungan Kemahiran Literasi 

            1.0    Mengenal dan Menulis Huruf
           1.1     Mengenal bentuk huruf kecil a – z
           1.2     Menulis huruf kecil a – z
           1.3     Mengenal bentuk huruf besar A - Z
           1.4     Menulis huruf besar A – Z

            2.0   Membaca Suku Kata
2.1    Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2    Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3    Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK
2.4    Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang  mengandungi  digraf
2.5     Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi  digraf


            3.0   Membina dan Menulis Suku Kata
3.1       Membina dan menulis suku kata terbuka KV
3.2       Membina dan menulis suku kata tertutup KVK
3.3       Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
3.4       Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.5       Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf

             4.0   Membaca Perkataan
4.1       Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV
4.2       Membaca perkataan mengandungi suku kata V+KV
4.3       Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4       Membaca perkataan mengandungi suku kata KVK+KV
4.5       Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6       Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK
4.7       Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
4.8       Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
4.9       Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
4.11   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
4.12   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
4.13   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
4.14   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
4.16   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17   Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
4.18   Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19   Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20   Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21   Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22   Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan

              5.0   Membina dan Menulis Perkataan
5.1     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
5.2     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV
5.3     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KV+KV
5.4     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KV
5.5     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVK
5.9     Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVKK
5.10  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
5.11  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13   Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KVKK+KVKK
5.14   Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVKK
5.15   Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVK
5.16   Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata   KVKK+KVK
5.17  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KVKK
5.18  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
5.19  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.
5.20  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
5.21  Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
5.22   Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan.

   6.0   Membaca Rangkai kata
             6.1       Membaca rangkai kata.

   7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata
 7.1       Membina dan menulis rangkai kata.

               8.0   Membaca Ayat
8.1       Membaca ayat tunggal.
8.2       Memahami ayat tunggal yang dibaca.
8.3       Membaca ayat majmuk

               9.0   Membina dan menulis ayat tunggal.
9.1       Membina ayat tunggal berdasarkan pola ayat dasar :
( FN+FN )   (  FN+FK )   ( FN+FA )   ( FN+FS ).
9.2       Menulis ayat tunggal.
9.3       Membina ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.
9.4       Menulis ayat majmuk dengan kata hubung ‘dan’.




Program LINUS


LINUS BAHASA MALAYSIA

Pengenalan

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan Modul Murid.


Prinsip-prinsip Modul Pengajaran

1. Ansur maju
2. Didik hibur
3. Pengulangan kosa kata
4. Latihan dari mudah ke susah
5. Latihan interaktif
6. Belajar sambil bermain.


Definisi Literasi

Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubungdan serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.


Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.



Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program pencapaian Literasi , murid dapat :
i.     Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
ii.     Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
iii.    Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan'.


Organisasi Kandungan

Modul Panduan ini dihasilkan dalam bentuk unit. Terdapat 9 unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi:

i.     mengenali dan menulis abjad
ii.     membaca, membina dan menulis suku kata
iii.    membaca, membina  dan menulis perkataan
iv.    membaca, membina dan menulis rangkai kata,
v.     membaca dan memahami ayat
vi.    membina dan menulis ayat.


Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh.

Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis, guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis.