Tuesday, 4 December 2012

Program LINUS


LINUS BAHASA MALAYSIA

Pengenalan

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan Modul Murid.


Prinsip-prinsip Modul Pengajaran

1. Ansur maju
2. Didik hibur
3. Pengulangan kosa kata
4. Latihan dari mudah ke susah
5. Latihan interaktif
6. Belajar sambil bermain.


Definisi Literasi

Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubungdan serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.


Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.



Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program pencapaian Literasi , murid dapat :
i.     Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
ii.     Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
iii.    Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan'.


Organisasi Kandungan

Modul Panduan ini dihasilkan dalam bentuk unit. Terdapat 9 unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi:

i.     mengenali dan menulis abjad
ii.     membaca, membina dan menulis suku kata
iii.    membaca, membina  dan menulis perkataan
iv.    membaca, membina dan menulis rangkai kata,
v.     membaca dan memahami ayat
vi.    membina dan menulis ayat.


Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh.

Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis, guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis.

2 comments:

  1. Maklumat yang lengkap, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang cukup banyak dan jelas untuk guru.

    ReplyDelete